Tuesday, January 6, 2015

TISSUE BOX COVER

Salam Sejahtera Pengunjung Blog...

Hari ini...nak sembang tentang Cartonnage Craft Box..iaitu kraf membuat kotak yang disalut dengan fabrik. Alhamdulillah...saya memang ada kemahiran membuat kotak...maka rasa tidak sukar untuk menyiapkannya...cuma kena pandai memilih gum agar fabrik nampak sekata apabila di salut pada mounting board.

Bahagian yang paling sukar adalah nak buat bunga besar dengan menggunakan reben saiz 3 inci...Inilah yang paling sukar dan penuh kesabaran untuk siapkan.

Ekceli...ini adalah aktiviti exchange handmade dengan ahli-ahli group ribbons saya di Whats App...sesiapa yang nak join...akan diundi berpasangan dan masing-masing kena buat sarung tisu sulaman reben atau bunga reben dan kemudiannya hasil jahitan kita ditukar dengan pasangan kita yang telah diundi...

Ini adalah 100% my handmade untuk pasangan saya...happy dia menerimanya...Alhamdulillah...kembang mekar bunga ros diatas meja makan dia...ditengah keluar tisu...



Pandangan atas kotak tisu....kembang mekar bunga ros reben...


Pandangan sisi kotak tisu.


Pandangan sudut kotak tisu.

Apa yang pasti...kotak tisu ini cantik dan benar-benar menarik berada diatas meja makan anda...apabila kembang mekar bunga ros reben...

No comments: